Wednesday, August 22, 2012

KELAS G: KES PERTAMA

Posted by Unknown at 7:17 AM
ISBN 978-967-365-099-6
Sem. Malaysia RM12
Sabah/Sarawak RM14

Mereka pelajar Akademi Detektif Antarabangsa.

Mereka dipilih untuk berada di dalam Kelas G.

Mereka ialah Adam, si ketua yang pandai membuat deduksi, Syed, mahir mereka cipta alat, Michael, si kacak yang berkuasa.

Bersama mereka ialah Joanna, gadis kasar yang memiliki memori foto grafik, Rita, si cantik yang bijak menyamar dan menukar suara serta Ibtisam, gadis genit yang boleh melihat roh!

"Kenapa terkejut? Awak semua patut gembira kerana ini adalah kes pertama untuk Kelas G," kata Pengetua ADA. Di tangannya terdapat sampul surat besar berwarna coklat. Menurut pengetua, mereka dikehendaki menyelesaikan kes yang melibatkan Emily Kong, seorang pelakon dan model remaja yang masih bersekolah.

Mampukah keenam-enam mereka menyelesaikan kes pertama ini? Apakah misteri yang menyebabkan kematian Emily Kong?

PESAN NOVEL INI

0 comments:

Post a Comment

 

Dunia Celik FP Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei