Wednesday, August 22, 2012

MISS JAMES BOND

Posted by Penerbitan Fajar Pakeer at 7:16 AM
ISBN 978-967-365-103-0
Sem. Malaysia RM12
Sabah/Sarawak RM14

Ada sesuatu yang menarik perhatiannya.Dia mengerutkan dahi. Pelik! Ini macam trofi yang lama. Saya tahu, sebab ada sompek sikit kat bahagian bawah kayu ni. Ya. Ini trofi yang lama. Cuma dikilatkan saja. Argh!!! Ini mesti kerja Denial. Oh! Baru saya ingat. Siti Nur Aisyah mengherotkan bibirnya.

Siti Nur Aisyah adalah ketua darjah bagi Kelas 4 Cemerlang. Dia seorang yang bertanggungjawab dan sanggup berkorban demi persahabatan. Yang penting baginya, dia dapat menabur bakti kepada yang memerlukan bantuannya.

Kehilangan duit rakan-rakan sekelasnya serta trofi juara kebersihan membuatkan Siti Nur Aisyah ingin membongkar dan menyiasatnya. Tidak sia-sia Noor Diana menggelarkan dirinya Miss James Bond. Tapi kali ini, dia ingin Daniel Rahman, pembantunya melibatkan diri menyelesaikan masalah yang berlaku di dalam kelas mereka.

PESAN NOVEL INI

0 comments:

Post a Comment

 

Dunia Celik FP Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei