Wednesday, August 22, 2012

KELAS G: KES BANGLO AIDA

Posted by Penerbitan Fajar Pakeer at 7:17 AM
ISBN 978-967-365-100-9
Sem. Malaysia RM12
Sabah/Sarawak RM14

Cuti penggal pertengahan telah bermula di Akademi Detektif Antarabangsa (ADA). Joanna menerima kad jemputan daripada rakan lamanya, Amir ke Banglo Aida. Adam, Syed, Michael, Rita dan Ibtisam turut diajak bersama. Tanpa disangka, mereka bertemu dengan Encik Bakar yang bengis, Elin si wartawan muda, Pak Dani yang serius, Nisha si pembantu rumah dan Encik Sulaiman, seorang peguam. Lalu, kesemua mereka berhadapan dengan peristiwa pelik di sana.

"Ada puntianak! Akak nampak puntianak!" jerit Elin. Dia terlihat puntianak di hari pertama.

"Kalau tak sakit, kenapa baju kamu ada darah?" Baju Ibtisam pula berdarah ketika menikmati sarapan.

Siapakah yang menjadi dalang di sebalik kejadian aneh itu? Mampukah Kelas G membantu Encik Sulaiman dalam mencari pewaris sebenar Banglo Aida dan pada masa yang sama menyelesaikan misteri yang wujud? Bolehkah mereka berenam mengulangi kejayaan seperti Kes Pertama dulu? Semuanya pasti terjawab.

PESAN NOVEL INI

0 comments:

Post a Comment

 

Dunia Celik FP Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei