Wednesday, August 22, 2012

KELAS G: KES RAJA HIPNO

Posted by Unknown at 7:18 AM
ISBN 978-967-365-101-6
Sem. Malaysia RM12
Sabah/Sarawak RM14

Pengetua Akademi Detektif Antarabangsa iaitu Datuk Razif Mokhtar dikhabarkan koma akibat kemalangan. Seorang guru baru, Cikgu Radi telah muncul tiba-tiba menggantikan Cikgu Watson yang berkursus selama sebulan. Kelas G yang terdiri daripada Adam, Syed, Michael, Joanna, Ibtisam dan Rita menerima satu kes baru iaitu misteri dua pelajar yang hilang ingatan.

Mereka juga berhadapan dengan penceroboh sewaktu berkunjung ke rumah Cindy, sepupu Rita. Dalam diam, setiap kes yang diselesaikan pelajar ADA merupakan pelan jenayah yang dirancang Raja Hipno. Situasi bertambah kecoh apabila pengetua hilang!

"Dengar sini. Pengetua kesayangan kamu semua ada dalam genggaman aku. Kalau kau nak tengok keadaan dia, lihat saja televisyen yang ada dalam bilik."

Mampukah Kelas G menyelamatkan pengetua mereka dan menyelesaikan kes kali ini seperti dua kes terdahulu? Mengapakah Raja Hipno berbuat sedemikian? Berjayakah Michael menyelamatkan diri daripada dihipnosis? Semuanya pasti terjawab kerana setiap kes cuma ada satu jawapan!

PESAN NOVEL INI

0 comments:

Post a Comment

 

Dunia Celik FP Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei