Wednesday, August 22, 2012

ANAK PATUNG TERBANG

Posted by Penerbitan Fajar Pakeer at 7:09 AM

ISBN: 978-967-365-069-9
Sem. Malaysia: RM10.90
Sabah/Sarawak: RM13.90

Fifi sering ditinggalkan kedua ibu bapanya yang sentiasa sibuk dengan kerjaya mereka membuatkan dia sentiasa bosan di rumah. Satu hari ketika ulang tahun kelahirannya dia mendapat satu kotak misteri dan di dalamnya ada anak patung terbang. Sejak itu kehidupannya mula berubah.

“Selamat datang ke Dunia Pelangi. Dunia yang menjanjikan kegembiraan untuk anda.”

Dunia yang penuh dengan warna-warni! Itulah yang boleh Fifi katakan apabila melihat persekitarannya. Segalanya berwarna ceria. Semuanya berwarna-warni seindah warna-warna pelangi. Cantik!

Pokok gula-gula, air sungai strawberi, awan kapas, gelongsor pelangi, rumah-rumah kaca yang comel, rumah tetamu yang indah, makanan yang lazat… semuanya begitu mengujakan Fifi.

“Jadi, inilah yang awak maksudkan?” tanya Fifi.
“Ya. Mari, saya kenalkan awak dengan yang lain,” ajak Serra.

Fifi diperkenalkan kepada anak patung terbang yang lain. Semuanya sebesar Serra dan berwarna-warni. Fifi benar-benar kagum. Apakah kegembiraan di Dunia Pelangi membuatkan Fifi terlupa akan kehidupan realitinya? Adakah Fifi akan kembali bersama keluarganya atau terus tinggal di Dunia Pelangi yang lebih menceriakan hidupnya?


PESAN NOVEL INI

0 comments:

Post a Comment

 

Dunia Celik FP Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei