Wednesday, August 22, 2012

PUTERA ZALMAN & RAMA-RAMA BIRU

Posted by Unknown at 6:56 AM
ISBN: 978-967-365-064-4
Sem. Malaysia: RM10.90
Sabah/Sarawak: RM13.90

“Sebelum ditabalkan menjadi raja, bagi mengganti tempat beta... ketiga-tiga putera beta perlu mengembara ke tiga pulau jajahan beta. Sepanjang pengembaraan itu nanti, ketiga-tiga putera beta perlu memenuhi beberapa syarat.”

Dengan hati yang berat, Putera Zalman Alasyah, putera bongsu Raja Sulaiman Alaudin terpaksa mematuhi titah yang dipertanggungjawabkan ke atasnya. Dia memilih Sang Rama-Rama Biru sebagai teman pengembaraannya. Dalam pengembaraan, pelbagai syarat telah dikenakan. Antara salah syarat yang dikenakan adalah, dia hanya boleh minum air embun sahaja dan makan sekurang-kurangnya 30 ekor ikan dalam masa sehari sepanjang pengembaraan.

Dapatkah Putera Zalman Alasyah mengikuti syarat tersebut? Dan bagaimana pula caranya untuk menunaikan syarat itu? Apa akan terjadi antara Putera Zalman Alasyah dengan Sang Rama-Rama biru?

PESAN NOVEL INI

0 comments:

Post a Comment

 

Dunia Celik FP Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei