Wednesday, August 22, 2012

HAIWAN SIAPA PALING JINAK?

Posted by Penerbitan Fajar Pakeer at 7:11 AM
ISBN: 978-967-365-074-3
Sem. Malaysia: RM10.90
Sabah/Sarawak: RM13.90

“Hahaha… okeylah tu, Burhan. Kau pun dah sama macam lembu tu. Badan kau kan montel!” sakat Rusdi.

“Itulah kau, Rusdi. Tadi ketawakan aku. Sekarang kau pula yang terkena. Jangan suka ketawakan orang, nanti diri sendiri yang merana,” perli Burhan pula.

“Kenapa pula? Basikal itu milik aku. Aku yang akan menang nanti,” sampuk Jali pula. Dia tidak boleh membiarkan Rusdi merampas basikal mewah yang akan menjadi miliknya nanti.

Burhan, Rusdi dan Jali merupakan sahabat baik. Sejak mereka menyertai Pertandingan Haiwan Siapa Paling Jinak? hubungan persahabatan mereka tidak lagi seakrab dulu. Pantang berjumpa, pasti ada saja yang tidak kena. Mereka berebutkan tempat untuk menang. Adakah mereka akan menang dalam pertandingan itu? Adakah hubungan persahabatan mereka dapat diselamatkan?

PESAN NOVEL INI

0 comments:

Post a Comment

 

Dunia Celik FP Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei