Tuesday, December 18, 2012

Polis Kampung

Posted by Unknown at 12:24 PM 0 comments

ISBN: 978-967-365-142-9
Sem. Malaysia: RM 12.00
Sabah / Sarawak: RM 14.00

"Baik kamu jangan ke sana. Hutan nipah tu pak cik yang punya, pak cik tahu apa yang ada di dalamnya." kata Deris mula bercerita. 

"Ada apa pak cik?" soal Saiful ingin tahu. 

"Ada ular besar. Ular tedung selar sebesar betis bersarang dalam hutan tu. Pak cik lihat minggu lalu. Malam tadi waktu pak cik mengelau ikan, ada pak cik dengar bunyi berjujut-jujut." 

"Bunyi apa tu, pak cik?" tingkah Saiful pantas. 

Perbualan itu menimbulkan kesangsian di hati Saiful dan Asri. Mereka membuat keputusan untuk masuk ke dalam hutan nipah itu dan melihat apa yang ada di dalamnya. Keinginan mereka untuk mencari ikan pelaga yang garang dan cantik tidak boleh disekat. Janji mereka untuk menghiasi kelas dengan ikan pelaga akan tetap dikotakan. Akhirnya apa yang mereka temui? Hutan nipah itu sebenarnya menyimpan rahsia yang ada kaitan dengan rungutan orang-orang kampung. Apakah rahsia itu? Ikutilah kisah menarik dan saspens ini hingga ke penghujungnya.

Wednesday, December 5, 2012

Geng Karipap

Posted by Unknown at 12:45 AM 0 comments
ISBN: 978-367-365-141-2
Sem. Malaysia: RM 12.00
Sabah / Sarawak: RM 14.00

Setiap kita mempunyai azam, begitu juga Rania. Azam baru Rania sempena penggal baru adalah menjual karipap. Kirana dan Lisa yang diberitahu hal tersebut menganggap menjual karipap perkara yang menyusahkan. Namun begitu, itu bukan bermakna Rania mahu berputus asa. Tanpa disangkanya Kirana dan Lisa turut menjual karipap sebagai tanda sokongan dan persahabatan mereka.

Kehidupan sebagai penjual karipap bermula. Dua minggu berjualan, mereka terserempak dengan budak-budak nakal yang cuba mengugut mereka. Sesuatu yang tidak diduga berlaku apabila munculnya Gadis Bertudung Merah yang cuba mempertahankan Rania, Lisa dan Kirana.

Sejak itu, setiap kali mereka ditimpa masalah, Gadis Bertudung Merah akan datang membantu. Rania, Lisa dan Kirana berdepan pelbagai dugaan, mampukah azam mereka diteruskan atau tinggal angan-angan?. Siapa Gadis Bertudung Merah yang selalu membantu mereka? Ayuh! Kenali Geng Karipap untuk mendapatkan jawapannya.

Emel Tempahan: order@fajarnovels.com.my

Tuesday, September 4, 2012

Kelab Fixie

Posted by Unknown at 3:00 AM 0 comments

RM12.00 / RM14.00
987-967-365-122-1

Idea penubuhan Kelab Fixie bermula daripada Nabil. Semuanya keraja dia tidak puas bermain dengan Fixienya ketika cuti sekolah lepas. Dia sedar yang kelab itu tidak seperti kelab lain yang sememangnya sudah lama wujud di sekolahnya. Kata Cikgu Ery, untuk menubuhkan Kelab Fixie, dia perlukan 30 orang ahli dan Nabil mahu semua ahlinya lelaki. Kenapa? Mudah saja jawapannya. Ini kelab elit jadi dia boleh buat apa saja syarat.

Kepada presiden kelab yang terhormat. Minta perhatian agar pihak tuan mempertimbangkan permohonan Kelab Fixie dibuka untuk ahli perempuan. Elakkan bersikap prejudis dan diskriminasi terhadap kaum wanita. Sila pertimbangkan.
Yang benar,
Huda

Keadaan menjadi sedikit sulit kerana sehingga ke pertengahan tahun bilangan ahli masih tidak mencukupi. Kemungkinan besar kelab mereka akan dibubarkan sedangkan jadual tahunan untuk aktiviti tahunan sudah lama siap dan impian mereka untuk mengayuh sehingga ke Banjaran Titiwangsa adalah impian mereka semua. Apakah mereka akan menerima ahli perempuan dan mampukah ahli perempuan ini mengayuh sejauh mungkin seperti mereka?

Sama Tak Serupa

Posted by Unknown at 2:59 AM 0 comments

RM12.00 / RM14.00
987-967-365-120-7

Ini kisah tentang seorang puteri raja yang budiman dan berhemah tinggi bernama Puteri Hanina dengan seorang gadis yang berperwatakan kasar dan dibenci bernama Hanini. Kisah yang jarang berlaku dalam kehidupan sehari-hari. Suatu pagi, terjadi pertemuan antara Puteri Hanina dengan Hanini yang membawa kepada perubahan dalam hidup masing-masing.

Tanpa disangka, kedua-duanya bersetuju untuk merancang sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh akal. Bertukar tempat! Ya, mereka sudi bertukar kehidupan kerana memiliki wajah yang sama.

“Kau yakin kau boleh jadi kasar macam aku?” tanya Hanini.

Kali ini giliran Puteri Hanina terdiam. Selama ini dia dididik menjadi seorang yang lemah lembut dan bersopan santun. Bolehkah jika dia mengubah sikap menjadi seperti gadis di hadapannya ini?

PESAN NOVEL INI

Cerita Adam Zahra

Posted by Unknown at 2:57 AM 0 comments

RM12.00 / RM14.00
987-967-365-113-9

Sejak membuat keputusan tiba-tiba mahu bercuti di kampung sempena cuti sekolah dan tinggal bersama mak ngah, segalanya huru hara. Agak keberatan kedua ibu bapanya mahu melepaskannya, tapi Adam Zahra seolah tetap dengan pendiriannya. Sudah lama dia tidak balik ke Malaysia semenjak merantau bersama keluarganya.

“Kalau kau nak ikut aku, kena ikut dua syarat. Diam dan jangan buka mulut. Faham?”
“Kalau aku tak diam?”
“Jangan harap aku nak bagi ikan laga yang aku dapat ni.”

Adam Zahra gilakan ikan laga. Tidak hiraukan lumpur dan selut, dia redah semuanya sehinggakan menimbulkan rasa pelik di hati mak ngah. Bukankah sepatutnya gadis itu berasa kotor untuk bermain seperti itu.

Kegilaan Adam Zahra itu mengheret sama Ari, budak kampung. Namun minat yang sama tidak menghalang mereka untuk sering bercakaran, tidak sehaluan. Ada saja yang meributkan keamanan kampung. Namun kehadiran Musa, mengubah segalanya. Apa yang terjadi?

Hari untuk pulang ke Tokyo setelah empat bulan bercuti pun tiba. Tapi mampukah Adam Zahra tinggalkan rakan-rakannya di sini dan pulang semula ke pangkuan keluarganya. Mahukah dia?

PESAN NOVEL INI

Melly Nelly

Posted by Unknown at 2:55 AM 0 comments

RM12.00 / RM14.00
978-967-365-109-2

Puan Salma buntu. Telah pelbagai cara dilakukannya untuk membuat anak kembarnya, Melly dan Nelly hidup seperti pasangan kembar yang lain. Mereka tidak serasi dan di sekolah juga mereka bermusuh.


Melly berperwatakan sedikit kasar. Suka menulis dan gila berblog. Nelly pula seorang yang kreatif dan pandai melukis. Setiap lukisan menggambarkan perasaannya. Seorang yang ego dan keras kepala. Ada satu perkara yang mampu merapatkan mereka untuk seketika. Kedua-duanya suka makan Coco Crunch bersama Milo kotak. Hidangan itu pasti menjadi rebutan mereka berdua.


“Tinggallah sikit untuk aku,” ujar Nelly bila melihat Melly menuang Coco Crunch dengan banyak di dalam mangkuknya.

“Banyak lagi ni. Gelabahlah kau ni.”
“Gelabah apanya, kau tu tamak. Ah! Mintak sini, giliran aku pula.” Nelly merampas kotak Coco Crunch di tangan Melly.


Ketika cuti persekolahan hujung tahun, Puan Salma terpaksa bertugas di luar kota. Melly dan Nelly ditempatkan di rumah Auntie Anne, kawan baik kepada Puan Salma. Di situ, Melly dan Nelly tidur sekatil di dalam satu bilik sedangkan sebelum ini mereka tidur di bilik berasingan. Seorang suka tidur dalam gelap dan seorang lagi dalam cerah dengan membiarkan lampu menerangi ruang bilik. Mampukah perbezaan-perbezaan yang wujud antara mereka ini menjadi serasi seperti kembar yang lain?

PESAN NOVEL INI

Budak Kampung Budak Bandar

Posted by Unknown at 2:54 AM 0 comments

RM12.00 / RM14.00
978-967-365-107-8

Badrul, June dan Rossy sudah tiada pilihan lagi. Mereka terpaksa menghabiskan cuti hujung tahun yang panjang itu di kampung.


“Tak ada Astro, tak ada talian Internet, tak ada permainan video. Bosannya.” 


Ya, rumah datuk dan nenek yang terletak di sebuah perkampungan terpencil itu memang membosankan. Mereka budak-budak bandar yang tidak pernah merasa hidup susah. Perkataan ‘kampung’ saja sudah buat mereka fobia, apatah lagi kalau terpaksa menghabiskan masa berminggu-minggu di sana.



Di kampung mereka bertemu dengan remaja sebaya mereka iaitu pasangan kembar Suhari dan Suhali yang nakal dan suka mengenakan mereka. Dan Nadzirah yang selalu menjadi mangsa kenakalan mereka berdua juga. Tapi, budak-budak bandar itu mana boleh duduk diam. Takkanlah mereka nak biar budak kampung buli mereka.



“Ini belum bayar hutang betul-betul tau. Kalau kau orang berdua berlagak bijak lagi, tentu lebih teruk lagi kami kenakan.”



Sesuatu telah berlaku akibat kenakalan masing-masing. Badrul, Rossy dan June telah mendapat pengajarannya. Suhari dan Suhali menyesal di atas kenakalan mereka. Mulai hari itu, budak kampung dan budak bandar telah bersatu untuk menjadi budak baik.

PESAN NOVEL INI
 

Dunia Celik FP Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei