RM12.00 / RM14.00
978-967-365-109-2
Puan Salma buntu. Telah pelbagai cara dilakukannya untuk membuat anak kembarnya, Melly dan Nelly hidup seperti pasangan kembar yang lain. Mereka tidak serasi dan di sekolah juga mereka bermusuh.
Melly berperwatakan sedikit kasar. Suka menulis dan gila berblog. Nelly pula seorang yang kreatif dan pandai melukis. Setiap lukisan menggambarkan perasaannya. Seorang yang ego dan keras kepala. Ada satu perkara yang mampu merapatkan mereka untuk seketika. Kedua-duanya suka makan Coco Crunch bersama Milo kotak. Hidangan itu pasti menjadi rebutan mereka berdua.
“Tinggallah sikit untuk aku,” ujar Nelly bila melihat Melly menuang Coco Crunch dengan banyak di dalam mangkuknya.
“Banyak lagi ni. Gelabahlah kau ni.”
“Gelabah apanya, kau tu tamak. Ah! Mintak sini, giliran aku pula.” Nelly merampas kotak Coco Crunch di tangan Melly.
Ketika cuti persekolahan hujung tahun, Puan Salma terpaksa bertugas di luar kota. Melly dan Nelly ditempatkan di rumah Auntie Anne, kawan baik kepada Puan Salma. Di situ, Melly dan Nelly tidur sekatil di dalam satu bilik sedangkan sebelum ini mereka tidur di bilik berasingan. Seorang suka tidur dalam gelap dan seorang lagi dalam cerah dengan membiarkan lampu menerangi ruang bilik. Mampukah perbezaan-perbezaan yang wujud antara mereka ini menjadi serasi seperti kembar yang lain?
PESAN NOVEL INI
PESAN NOVEL INI
0 comments:
Post a Comment