Tuesday, September 4, 2012

EPOI

Posted by Penerbitan Fajar Pakeer at 2:51 AM

RM12.00 / RM14.00
978-967-365-108-5

“Malam tadi, dua ekor kucing di lorong ni hilang tak termasuk Bubu yang tidur dalam sangkar. Tapi kesemuanya kucing belaan.” Sambil bercakap, Etam menggaru badannya dengan kaki belakang.
“Banyaknya. Takkan ada orang yang masuk rumah tuan Bubu dan mencurinya? Itu dah melampau.” Epoi semakin menumpukan perhatian.
“Abang… Putih juga hilang malam tadi.” Emi bersuara sambil memandang Epoi.
“Putih?!” Epoi terlompat.

Kehilangan kucing-kucing di tempat tinggalnya telah membuatkan Epoi berasa gelisah. Sewaktu dia cuba mencari Bubu dan Putih, adik-adiknya Etam dan Emi pula hilang. Namun penemuan sebuah gua bercahaya di atas bukit, merungkai semua misteri tetapi kehadiran tuannya telah menjadikan keadaan bertambah rumit.

Demi menyelamatkan nyawa semua, Epoi terpaksa menentang Koko, seekor kucing parsi yang mendendami manusia.

Ikutilah kisah Epoi, seekor kucing yang sanggup berkorban demi adik-adik dan tuan yang disayanginya.

PESAN NOVEL INI

0 comments:

Post a Comment

 

Dunia Celik FP Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei