Tuesday, August 14, 2012

Kau Aku

Posted by Unknown at 11:29 PM

ISBN: 978-967-365-011-8
Sem. Malaysia: RM10.90
Sabah/Sarawak: RM13.90

Qaisara, seorang gadis yang amat disenangi dan disayangi keluarga, guru-guru dan rakan-rakan di sekolah. Dia seorang pelajar yang aktif dan gemarkan aktiviti lasak. Merupakan pelajar cemerlang dalam aktiviti kokurikulum.

Qaisara bersahabat dengan Haqeem, yang juga merupakan rakan sepasukan dalam permainan badminton di sekolah. Kejujuran dan keikhlasan adalah kunci dalam persahabatan yang terjalin antara mereka berdua.

Kemunculan Alisha, gadis misteri dalam mimpi Qaisara sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupannya. Pada awalnya, dia beranggapan mimpi itu hanyalah mainan tidur. Namun, dirinya makin bingung apabila Alisha makin kerap muncul dalam mimpinya. Malah, mimpi yang dialaminya itu seakan memberikan petanda dan petunjuk kepadanya.

Benarkah mimpi itu adalah suatu yang wujud di alam nyata? Benarkah kemunculan Alisha akan merubah kehidupan Qaisara?


PESAN NOVEL INI

0 comments:

Post a Comment

 

Dunia Celik FP Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei