Tuesday, August 14, 2012

Aku Bukan Penakut

Posted by Penerbitan Fajar Pakeer at 11:28 PM

ISBN: 978-967-365-006-4
Sem. Malaysia: RM10.90
Sabah/Sarawak: RM13.90

“Dengan binatang ni pun kamu takut? Ini cuma ulat gonggok, dia tak gigit pun,” ujar Pak Uteh Meon sambil menggeleng.
Daiyan hanya tersenyum malu.

“Dia tu mamat lembik, mana boleh jadi mamat kental,” sindir Suri pula.
“Abang bukan lembik, tapi berjiwa halus,” balas Daiyan.
“Kiranya abang ni penakutlah?” duga Suri lagi.
“Abang bukan penakut, tetapi abang mengalah.”
“Ah, abang ni, ada saja alasan!”

Benarkah Daiyan sebegitu, bukan penakut tetapi sering mengalah walaupun dibuli? Sering digelar penakut dan lembik seperti perempuan walaupun tubuhnya agak besar.

Mengapa semua ini terjadi? Bacalah kisah seterusnya...


PESAN NOVEL INI

0 comments:

Post a Comment

 

Dunia Celik FP Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei