Wednesday, August 22, 2012

KAMI 3 SAHABAT

Posted by Unknown at 7:15 AM
ISBN 978-967-365-080-4
Sem. Malaysia RM10.90
Sabah/Sarawah RM13.90

Dengan langkah berhati-hati Amir, Kim Seng dan Gopal mendekati sebuah bangsal di dalam hutan ketika mereka sedang melastik burung. Bangsal itu menimbulkan seribu tanda tanya di minda mereka. Bagaimana boleh ada bangsal di dalam hutan sebegini?

“Eh, di hadapan bangsal itu ada lorilah. Dua buah. Ya dua buah. Agaknya lori yang lalu semasa kita sedang mandi tadi,” bisik Amir.
“Ya, boleh jadi juga, tetapi apa yang dibawa oleh lori itu ke mari? Apa benda yang ada dalam bangsal itu untuk dibawa keluar?”
“Hah, peliklah lori datang berhenti dalam hutan begini!” rungut Gopal pula.

Setelah di siasat memang seperti apa yang difikirkan mereka bertiga. Di dalam bangsal itu sedang dilakukan kerja-kerja yang boleh disabitkan kesalahan. Demi memastikan lagi apa yang difikirkan tiga sahabat ini betul, mereka meminta bantuan Cikgu Basir sekali gus membuat laporan kepada pihak berkuasa. Kesudahannya tiga sahabat ini diberikan wang sagu hati sebagai tanda terima kasih daripada pihak berkuasa.

“Kami ingin pergi makan angin ke Pulau Langkawi,” cadang Gopal.
“Kita semua pun belum pernah pergi ke sana. Tak teringin ke?” celah Kim Seng.
“Aku pun memang ingin juga ke sana,” kata Amir.

Kata sepakat telah dibuat, maka ketika sahabat ini pun ke Pulau Langkawi. Ingin tahu apa yang menarik di pulau bebas cukai ini, ikuti kisah ini.

PESAN NOVEL INI

0 comments:

Post a Comment

 

Dunia Celik FP Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei