Wednesday, August 22, 2012

KALUNG MAGIKA

Posted by Penerbitan Fajar Pakeer at 7:14 AM
ISBN 978-967-365-082-8
Sem. Malaysia RM10.90
Sabah/Sarawah RM13.90

Seri Anggerik yang sakit hati bila melihat Geng Phol selalu membuli rakan-rakannya sering berangan-angan untuk menjadi seorang superhero seperti yang sering ditontonnya agar dapat menjadi penyelamat dan pembenteras kejahatan yang kerap kali berlaku di sekolahnya.

Tapi dia sedar, kudratnya sebagai perempuan tidak memungkinkan untuk dia dilakukannya. Namun semua itu berubah bila dia bertemu dengan seekor haiwan yang boleh berkata-kata yang telah memberikan pertolongan agar dia dapat menewaskan Geng Phol dengan cara yang sangat luar biasa.

“Nah! Awak pakailah kalung ni.” Armakus menghulurkan seutas kalung kepada Seri Anggerik yang kelihatan terpegun.

“Armakus! Cantiknya. Belum pernah saya lihat kalung secantik ni, tapi dari mana awak dapat? Erm, awak bertapa ke tadi?” tanya Seri Anggerik dengan rasa teruja.

“Wahai Seri Anggerik, kalung itu amat besar hikmatnya. Gunakanlah untuk membantu orang-orang yang berada di dalam kesusahan.”

Mampukah Seri Anggerik mengikut segala yang diajar oleh Armakus kepadanya? Siapa pula Gen Phol yang sering membuat onar.

PESAN NOVEL INI

0 comments:

Post a Comment

 

Dunia Celik FP Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei