Tuesday, August 14, 2012

MISTERI TASIK BUANA

Posted by Unknown at 10:51 PM


ISBN: 978-983-3880-90-4
Sem. Malaysia: RM10.90
Sabah/Sarawak: RM13.90

Zakwan, Azlan, Siva dan Ah Seng bersahabat baik tetapi nakal. Kenakalan mereka bukan sahaja di sekolah, tetapi juga di kampung. Akibat kenakalan mereka, seorang sahabat mereka telah menjadi korban Tasik Buana. Peristiwa tragis itu berlaku di depan mata mereka.

Sayu dan pilu bertamu di hati apabila melihat sahabat mereka, Azlan dibawa pergi oleh makhluk yang menjadi misteri. Sahabat yang terkorban masih belum ditemui walau sudah berhari-hari dicari.

Tasik Buana dikatakan bahaya… berpuaka! Ada hantu tasik! Ada penunggu! Benarkah tanggapan penduduk Kampung Seri Banang terhadap tasik itu?

Setiap kali kemunculannya, pasti cuaca yang cerah berubah mendung. Awan putih bertukar kelabu. Pawana lembut bertukar kencang. Mergastua di rimba menjerit-jerit. Air yang tenang berombak-ombak. Apakah itu tandanya sang penghuni tasik sedang marah? Atau sang penghuni tasik sudah mendapat korbannya?

Misteri Tasik Buana memberikan anda jawapannya…


PESAN NOVEL INI

0 comments:

Post a Comment

 

Dunia Celik FP Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei