Wednesday, August 22, 2012

Lina

Posted by Penerbitan Fajar Pakeer at 6:52 AM
ISBN: 978-967-365-041-5
Sem. Malaysia: RM10.90
Sabah / Sarawak: RM13.90

“Kakak, janganlah potong barisan. Kakak dah lambat, kakak kenalah beratur di belakang.” Pelajar lelaki Darjah 1 Anggerik di belakang Lina menegur perbuatan Lina.

Lina dikenali sebagai budak nakal yang sangat suka membuli, menganiaya binatang, membazir makanan, berbohong, bersikap angkuh dan bongkak. Walaupun keluarganya sering menegur dan memberi nasihat kepadanya, namun semua itu ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Sedikit pun tidak memberikan sebarang kesan kepadanya

Sehinggalah berlaku satu peristiwa dia dimarahi teruk dan ingin dihukum ayahnya, Lina terus melarikan diri dari rumah. Malang tidak berbau, Lina terjatuh ke dalam lubang misteri.

“Ke mana kau nak lari, Lina?” soal Aj sambil tersenyum mengejek.
“Kau tahu nama aku?” Lina seakan tidak percaya burung itu tahu namanya.
“Ya! Kami tahu nama kau. Lina, si budak nakal. Sombong, riak dan bongkak!” jawab Aj selamba.

Dengan idea nakal dan segala tipu helah, mampukah Lina berjaya menyelamatkan dirinya? Apakah hukuman yang dikenakan oleh Encik Luqman terhadap anak tunggalnya yang nakal itu? Adakah Lina akan insaf atau akan menjadi lebih nakal setelah dihukum?


PESAN NOVEL INI

0 comments:

Post a Comment

 

Dunia Celik FP Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei