Wednesday, August 22, 2012

Badak Bincu

Posted by Unknown at 6:50 AM
ISBN : 978-967-365-038-5
Sem. Malaysia : RM 10.90
Sabah / Sarawak : RM13.90

Badak : Sejenis binatang mamalia dalam famili Rhinocerotidae, yang berkulit tebal dan bersumbu.


Bincu : Gincu.

Gelaran khas itu adalah hasil kreatif Geng Perasan Cantik yang sentiasa mengenakannya. Farhana diumpamakan seperti badak. Tambahan pula dia sangat menggemari alat mekap dan suka memakai gincu.

Farhana memang tidak pernah bernasib baik. Kawan baiknya hanya Ng Gike Chin. Dia suka berkawan dengan Tengku Irfan, tetapi Tengku Irfan dan rakan-rakannya juga tidak ubah seperti Geng Perasan Cantik. Kata-kata penghinaan mereka yang didengar tanpa sengaja membuatkan Farhana berkecil hati. Dia nekad mahu berubah, menguruskan badan dan mengubah penampilannya supaya tidak ada sesiapa yang berani membulinya lagi.

Tercapaikah impian Farhana itu? Atau dia sekadar berilusi? Apa pula yang akan terjadi kepada Geng Perasan Cantik?


PESAN NOVEL INI

0 comments:

Post a Comment

 

Dunia Celik FP Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei