Wednesday, August 22, 2012

ADIR YANG TERPILIH

Posted by Unknown at 7:12 AM
ISBN: 978-967-365-076-7
Sem. Malaysia: RM10.90
Sabah/Sarawak: RM13.90

Adir memandang sekeliling. Suasana di sekelilingnya sangat pelik. Langit yang berwarna kuning, tumbuhan yang pelbagai bentuk dan hidupan aneh yang beraneka rupa.

Floria, puteri dari Kaum Kerdillo yang mahu ke Lembah Blumephia untuk menemui Sang Pertapa bagi membebaskan kaumnya yang telah ditawan oleh Kaum Monstrio yang kejam. Kata Nujum Negaranya, akan ada seorang remaja yang datang membantu mereka dan orang itu adalah Adir.

“Maaf, saya tak suka akan pergaduhan. Saya mahu balik,” ujar Adir.

“Kamu adalah yang terpilih! Kamu perlu tolong saya!”

“Saya tak mahu!”

“Kalau tidak, kamu tak boleh balik!” bentak Floria

Adir seolah tiada pilihan. Kalau dia tidak menentang Kaum Monstrio, mungkin juga kaum itu akan datang menyerang bumi. Tapi persoalannya, mampukah dia melawan sedangkan dia selalu menjadi mangsa buli. Untuk berlatih dia tidak punya masa kerana mereka hanya ada beberapa hari sebelum bulan penuh. Mampukah Adir membantu Floria dan yang lain-lain malah pulang ke bumi dengan selamat dalam masa yang singkat itu?

PESAN NOVEL INI

0 comments:

Post a Comment

 

Dunia Celik FP Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei